Sunday, March 31, 2013

Minta tinguk

Assalammualaikum....cak..!

hihih...agak lambat jga entry kali ni..
biasala...kat rumah baru bukannya ada line tuk on9..pakai brodband..alahai..
digi? lambat....Celcome? lidut...maxsis? entah la labu....
ni pun harapkan ehsan schoolnet je...lepas habis sesi pnp..bolehla...hehehe

aaa...sekarang tengah hujan lebat..biasa hujan2 ni orang suka termenung...mengenang kisah2 silam ke...
kenangan pahit manis bebagai...apa2 jela kan...
begitu juga dengan ku...tiba2 terkenang insiden minggu lalu...ohhhhh!!!
bila ingat sakittt der....kenangan ni aku katogerikan jenis pahit punya...
bila kita rasa kehilangan...mmmm.....

ooo...nak dijadikan cerita...

aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dia...
selamat tinggal...biasanya kita ucapkan kepada individu2 yang akan meninggalkan kita kan...
biasanya yang akan pergi jauh....jauhhh....agak susah untuk berjumpa semula...
atau dalam kategori yang pergi...dan tidak akan berjumpa selama-lamanya...
dan kisahku...selamat tinggal ini adalah untuk yang terakhir kalinya...
buat si dia yang sentiasa menemaniku...

Handphone...Samsung..Dot3.. inilah dia kesayanganku yang pergi meninggalkan aku...huhuhu
ceritanya bermula semasa aku pergi ke sebuah bengkel kereta untuk" menservis" keretaku...
tengah sebok mengemas semua harta benda yang ada dalam kereta untuk ku pindahkan ke kereta sebelah...
entah macamana..kesayangganku itu pula yang aku terlupa...
selepas satu jam lebih barulah aku teringat bahawa phn tersebut kuletakkan dalam kocek kereta..
ooo...debaran hati ku membuatkan aku nekad untuk menyelamatkannya...
namun.....namun.....namunnnn......
oooooo.....tidak ku sangka kelalaian itu mengakhiri pertemuan kami...

sedih...baru sebulan lebih pakai... wajahnya masih baru..
bertambah sedih bila mengenankan si dia itu merupakan simbolek kepada sebuah kenanganku..
dipendekkan cerita....aku yang masih tidak berpuas hati telah meminta pertolongan daripada seseorang yang memiliki kelebihan mencari barang hilang...dia ku gelar En.S...
En.S meyakinkan aku bahawa si dia telah diambil oleh pekerja bengkel yang x brtnggungjawab..
seketika ...semasa berurusan dengan tauke dan maneger bengkel aku terangkan masalahku....

Maneger bengkel yg kelihatan ragu2 setelah aku ceritakan bahawa aku telah merujuk kepada orng pandai "minta tinguk" kemudiannya meminta izin keluar sebentar...
sekembalinya dia ... dengan muka yakin dia mengatakan bahawa  memang orang bengkel la menggambilnya...
setelah ku tanyakan ... rupa2nya... dia juga merujuk lagi  kepada dua org pandai yang berbeza lagi...
katanya..kalau seorg yang cakap memang diragukan...ini ada 3 tempat "minta tinguk" semua menyatakan perkara yang sama...
Dan lagi ciri2 si penggambil dinyatakan sekali...
Seorang yang kurus...tinggi...berambut panjang..dan bergigi besar di depan(gigi arnab)

Pening kepalaku..bila orang yang dimaksudkan langsung tidak mahu mengaku...
Taukeh kedai menyuruh aku membuat laporan polis..atas alasan kes kecurian dalam kereta...
tetapi memmandangkan bukti tidak kukuh...polis mengesyorkan aku selesaikan cara luar saja...
Taukeh bengkel hanya bersetuju untuk hanya membayar 50%  daripada harga si dia...
katanya ehsan kerana insiden itu berlaku dikedainya..
lagipula...taukeh berbangsa Cina itu langsung tidak mengiktiraf kaedah "minta tinguk"...kolot katanya...
tapi manger bengkel yang percaya..kerana dia sendiri pengamal kaedah2perubatan tradisonal...
Dialah yang bertungkus lumus membantu menyelesaikan msalahku..
dan bila bos mengamanahkan dia menyelesaikan masalahku... disanalah aku berkeras untuk meminta ganti rugi sama seperti kerugianku...dia sendiri mengakui kelalaiannya mengabaikan keretaku tanpa pantauannya..

Akhirnya selepas 2 hari perbincangan ...manger bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak 80%... dan oleh kerana aku terlalu keletihan berulang alik ke bengkel ini...
aku turut bersetuju dengan penyelesaian itu...
Syukurla dapat juga lebih separuh....tapi....
sedihnya...terlalu banyak gambar2 kenangan yg belum sempat ku copy ada pada si dia...
ada yang mengesyorkan aku meminta untuk memanaskan badan si penggambil...
lagi teruk ada yang mencadangkan aku memindahkan "barang" kerana menghianat pelngan..
tapi...aku redho untuk kehilangan harta dunia...
dan urusan selebihnya dengan org tu...
Biarla Allah yang uruskan...

P/S: Selamat Tinggal Kawanku yang setia....






Saturday, March 23, 2013

Dunia Baru

Assalammualaikum.....

"GURU / CIKGU"...itula dunia baru ku... gelaran yang akan melekat denganku sampai ke liang lahad in sha Allah... topik ni la yang akan aku shre dalam blog tercinta ni (tercinta la sangat) hahah.....

so...klau ada sapa2 kenal dengan aku..mesti korang da tau kan yang selasa lepas...aku dan rakan2 seangkatan da mula melangkah ke dunia baru masing2...setelah beberapa lama  menanti dengan penuh debaran..akhirnya aku mendapat panggilan untuk berkhidmat di suatu kawasan perkampungan yang agak asing bagiku... asing??bukan perkampungan makhluk asing macam UFO tuee..hihih..maksudku bahasa percakapan dan budaya cara hidup yang agak berbeza daripada duniaku sebelum ini... apa2 pun aku terima dengan hati yang terbuka...dan sila ketuk kepala aku kalau aku masih tidak bersyukur ditugaskan di tempat ini.. sedangkan kawan2 yang lain tu dapat panggilan untuk berkhidmat di tempat2 yang lebih besar cabarannya...

Nama Sekolah tempat aku berkhidmat adalah... ehem2...lokasinya terletak agak2 dalam 25KM dari pekan Sipitang..(agak2 je ni)  Jalan menuju ke lokasi skolah kira oklah bagiku yang berkenderaan sendiri...majoriti penduduk kampung adalah berbangsa Kadayan dan Brunaiz..so bahasanya pun korang da boleh agak cmna kan... ada sleng tersendiri..so lepas ni klau korang ada bertegur sapa dengan ku dan sekiranya  korang dengar sleng yang agak lain skit, mby masa tu aku dalam proses membiasakan diri dengan bahasa mereka. 1 MALAYSIA ba kan..ahaksszz...(^__^)

Ada juga kalangan rakan2 ku yang prihatin nak juga tau d mna aku sty nanti...cmna gb...skolah...n paling penting cmna fe'el murid2 aku tu... so memandangkan aku dah sty 4 hari kat bumi Sipitang ni.. aku da la urus tempat tinggal kan...aku mohon rumah guru..Rumah batu dengan 3 bilik tidur , dua tandas, 1 dapur dan ruang tamu..(detail gilerr) haha...dan untuk ke sekolah aku akan berjalan kaki sejauhhh... emmmmmm.. sebanyak 20 langkah kot...hahhaha...rumah guru tu sebelah je ngan skolah.. Alhamdulillah... syukur.. lagi satu urusanku dipermudahkan Allah jika dibandingkan dengan rakan2 lain yang terpaksa berteduh kat rumah guru lama.. dan lagi kena  berdayung sampan untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.. arghhh...syukur sangat2... ..Alhamdulillah... gb ok..sangat membantu..rakan sejawat belum berapa kenal lagi...In Sha Allah akan datang aku berusaha membina rapo dengan mereka..hihi...murid2...belum kenal sangat belang mereka...but so far.. ok ja..klau ada yang buat hal tu angap cabaran ja la kan...

tu la...sebagai guru baru ni...memng banyak cabaran.. ada yang diuji dengan suasana tempat tinggal...karenah jiran, tukang kebun, pacik guard, macik kantin ka..karenah rakan sejawat..murid  dan sebagainya..tu ja bezanya...so janganlah kita asyik tidak bersyukur  kiranya ditimpa satu problem...sebab ...mby rakan kita yang lain lebih teruk lagi kan..kan...? ingatlah..bila kita redho Allah akan permudahkan yang sukar tu... dan paling penting sentiasa syukur dan senyum...

antara contoh situasi yang perlu tersenyum adalah...bila aku tau bekalan air d rumah aku menggunakan air tangki yang sumbernya daripada air hujan.. senyum....tangki yang sangat besar..airnya penuh... alhamdulillah.. dan air itu berjentik2...senyum... aku akan berenang dalam tangki menghapuskan jentik2 itu nanti...hahahah... dalam rumah tiada line phn celcome.. ..dkt luar mby ada dua bar..digi n maxsis blum try.. line intrnet dlam rumah pun x dapat..klau mau on9 kena lepak lama skit d skolah..hehe...senyummm.... lagi satu rumah yang aku sty rumah batu yang sangat luas.. senyum... tapi gb cakap bila hujan lebat air akan masuk bnyak tempat melalui atap yang bocor...senyum lagi...hahah.. dan yang paling teresnyum....bila nampak encik cicak pandai tergelincir jatuh dari atap dan encik itu berlari sangat laju...baiklah...senyuman negatif di situ..(T_____T)'..... keluarla silat gayung ku bila ada hujan cicak..huhuu...


apa2 pun....sentiasa syukur dan senyum.... hahah... oklah...agak baru lagi kalau nak cerita macam2 kan.. entry akan datang In Sha Allah akan shre pengalaman bergelar Cikgu ni... so...kepada teman2 selamat bertugas dengan ikhlas dan buktikan keluaran IPG The Best !!! Boleh Bah Kalau Kau.... haha

P/S: at kampung servy barang  yang boleh diangkut ke rumah baru..(^___^)  wassalam...


Sunday, March 3, 2013

Panggilan Jihad..

Assalammualaikum...

Hi olss...

Tentu korang da dengar isu hangat yang melanda Negri Sabah Di Bawah Bayu kan...
ya...ya ...Isu pasal "Sultan" Jamalul Kiram yang menuntut hak atas Negri Sabah...
isu pencerobohan segerombolan manusia yang berkubu di Lahad Datu...
hem...tengok di dada akhbar..tgok laman sosial...blog..FB.. ramainya manusia yang bercerita pasal isu ni... Ada yang mencaci...ada yang menyumpah2... bagi yang berpendidikan tinggi sikit..aa  mereka menggunakan otak semasa melontar pendapat... tapi apa pun... kita masih dalam negara demokrasi...bebas bersuara mengeluarkan pendapat masing2....kan?

Bagi aku..ni isu yang rumit...melibatkan sejarah sebelum kelahiran kita yang muda-mudi ni... 
kalau sekadar becakap sebalik tabir tanpa ilmu pengetahuan ...bukan dapat membawa apa2 perubahan pun... so biar la pihak2 yang ada "ILMU" pasal isu ni selesaikan... jangan kita rumitkan dengan timbulkan pelbagai cerita2 yang kurang enak didengar... yang menakut2kan lagi jiwa2 muda ni... tapi mcam yang aku cakap awal tadi... kalau nak bagi pendapat tak salah pun kan... sekurang2nya..kita ni termasuk dalam golongan yang prihatin dengan isu negara...ya ka begitu?

hum...becakap pasal isu ni...berita terbaru yang aku dengar... seramai 7 anggota PDRM telah terkorban semasa berkhidmat menentang pencerobohan di kawasan Lahad Datu dan Tawau..  kalau di Negara2 barat tu..baru sebelah kaki masuk kawasan sempadan.. dah jadi arwah la penceroboh tu..tapi kerajaan kita ni... bukan sebelah kaki lagi... ni penceroboh dah bekubu secara haram pun still boleh runding2 lagi.. siap bagi bekalan makanan pula bila dapat tahu penceroboh2 ni kekurangan makanan selepas dikepung beberapa hari...baiknya hati...tapi  tu la bagi muka sangat..tengok mereka da naik kepala... Ya Allah...gerun rasa hati... dalam berita cakap keadaan terkawal..keadaan stabil... tapi ni dah sampai melibatkan pertumpahan darah.. sangat merisaukan... 

Sebenarnya bukan isu penceroboh yang aku nak entrykan.. tapi lebih kepada perwira-perwira negara khususnya anggota PDRM... selalu dengar kecaman pasal Polis... polis suka makan rasuah..polis jahat.. polis itulah.. polis inilah... hem..anti sangat korang dengan Polis kan..tapi.. cuba korang fikir balik..bila ada perompak.penyamun.. ada pergaduhan..korang cari polis jga kan..  takan korang nak panggil tauke ayam selesaikan.. nak panggil doktor?? atau cikgu2 suh bagi kaunseling dekat penyamun2 tu??. huhuhu polis juga yang selesaikan... Macam isu pencerobohan di Lahad Datu ni la..sebelum anggota tentera.. PDRM yang berada barisan hadapan mempertahankan negara tau.. Cian..sampai ada yang gugur...(semoga mereka gugur dalam syahid)... ha... anti polis lagi... ??? 

hem.. kesian pula Polis selalu dikecam..kalangan keluarga aku ramai jga yang jadi Polis... dan aku sendiri pun bakal menjadi istri kepada anggota PDRM (in sha Allah)... tadi... dapat call dari encik tunang... Dia da dapat arahan untuk berkhidmat di kawasan pencerobohan Lahad Datu... Ya Allah... hati aku bagai gugur mendengar berita ni dari dia.. macam2 alasan aku berikan kerana bimbang keselamatan dia.. almaklumlah berita di sana semakin bahaya.. pihak penceroboh da mula buat gerakan bahagian Tawau.. dan khabarnya bahagian kk dan keningau juga dalam pantauan kerana berisiko tinggi sebab ramainya orang suluk di kawasan ini....hatiku hanya Allah yang tahu.. tapi katanya..ini tanggungjawab kerja dia.. kalau da ajal.. di mana2 pun akan mati katanya.. aku akur... kerana dalam dunia ni ada benda yang tak terkawal oleh manusia ..antaranya jodoh dan ajal..kan..?

mm... sungguhpun hati ini bimbang.. tapi aku sentiasa doakan dia dan para pejuang yang bertungkus-lumus pertahankan tanah air sentiasa dalam lindungan Allah..  semoga perginya mereka dalam keadaan baik..dan kembali ke pangkuan keluarga serta insan tersayang juga dalam keadaan baik.. dan yang gugur itu semoga dalam keadaan syahid...aminn...

P/S: Mari Kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini ya... dan iringkan doa buat perwira negara kita..wassalam..









Friday, March 1, 2013

Kembali Senyum Sekejap

Assalammualaikum dan salam sweet sampai sakit gigi....heheh...

Akhirnya jari jemari sudi menari di atas kypad..menzahirkan ilham dari kepala otak yang sekian lama membeku....aduhhh...beku yang tidak beridea....

ooo...kebetulan...hari ini menerima berita yang memberi sedikit kelegaan pada hati..
Sedikit sahaja...tapi cukup membuatkan manusia yang dalam penantian seperti aku ni tersenyum..
Maka  hembusan CO2 dan sedutan O2 kembali normal...tak lagi sejemput2...
Syukur Alhamdulillah.....
sekurang-kurangnya ada sedikit cahaya.. tidaklah kegelapan ...
sekurang-kurangnya ada kapal tempat bertaut... tidakla lemas di lautan...
dan sekurang-kurangnya fikiran seiring dengan kaki yang berpijak pada bumi...
tidakla di awang-awangan saja...
atau mata ke atas tangan ke bahu bila membuka portal SPP yang sebelum ini...

Berita gembira ini belum pun sure gembiranya pada tahap apa...gembirakah ini???
Khabarnya begini...
aku dan ratusan lagi  rakan bekas guru pelatih semalaya yang dalam tanda tanya kenapa tdk mendapat panggilan IV untuk pengambilan guru telah diberitakan ...
"u olls terpilih tuk penilaian khas..so tunggu je i olls updte mklumt kat portal ye...rajin2 nengok ye.."
kurang lebih begitulah...
dapat saja berita ini aku terus mengucap syukur...sambil tersengih2 dalam kereta.. mcm kera dapat bunga  (tp mcmna senyuman kera yg dapat bunga erk??? ) hiihhihi

Gementar kerana penantian sudah beransur hilang...
masalahnya ...gementar kerisauan pula datang bertandang tanpa diundang...
oh...khbarnya..penilaian khas itu lebih kickkkk daripada IV...nah...gembira la sangat...
berpusing2 otak ku memikirkan apa langgkah yang perlu diambil...no clue!!!!
Klau yang berIV itu Cluenya nampak sdikit...
baca nota2 yang 10 bab itu... knal pasti isu2 pendidikan terkini... dan banyak lagi la..
kalau penilaian di sekolah cmana ntah...huhuhu...apa yang dinilainya tu....berpa lama.. aduhh....
feninnnn juga dibuatnya...

Tp walau apa pun...mcam kawan2 aku ckp... mcm fmly n guru2 pesan...
IV ka ...PK ka... kena buat betul2... tunjukkan kemmpuan dengan niat yang ikhlas...
In Sha Allah ....Allah permudahkan urusan kita kan...

so ...itu ja la yang aku nak shre sbnarnya...bukan apa pun...
Well....dalam dua minggu ni bnyak benda yang buat aku stres...
tak kurang jga manusia2 yang berhati busuk dan ada jga yang otaknya da mereng ....
yang sorang tak habis2 memburukkan orang...
yang sorang tak habis2 menjadi bayang2...
shuuuuh!!!!!! perempuan2...main jauh2...
Tidak senang melihat orang senang...
oo...by da way ..ada dua bnda ja buat aku  tersengih2 ..
satu bila dapat berita pasal PK ni...
yg kedua pasal aku da dapat sijil kursus kawen kelmarin..hahah (Yeaah bleh kaween da...)

oklah...nanti2 shre cerita lain plak....

P/S:
kepada kawan2: ...jom ramai2 ucap Alhamdulillah...... Rezeki Allah itu maha banyak kan.... (^___^)
Kepada Encik Tunang: bah kluar da sijil i..jangan kc lama ye..hahha

baiklah...sekian wassalam...