Sunday, March 3, 2013

Panggilan Jihad..

Assalammualaikum...

Hi olss...

Tentu korang da dengar isu hangat yang melanda Negri Sabah Di Bawah Bayu kan...
ya...ya ...Isu pasal "Sultan" Jamalul Kiram yang menuntut hak atas Negri Sabah...
isu pencerobohan segerombolan manusia yang berkubu di Lahad Datu...
hem...tengok di dada akhbar..tgok laman sosial...blog..FB.. ramainya manusia yang bercerita pasal isu ni... Ada yang mencaci...ada yang menyumpah2... bagi yang berpendidikan tinggi sikit..aa  mereka menggunakan otak semasa melontar pendapat... tapi apa pun... kita masih dalam negara demokrasi...bebas bersuara mengeluarkan pendapat masing2....kan?

Bagi aku..ni isu yang rumit...melibatkan sejarah sebelum kelahiran kita yang muda-mudi ni... 
kalau sekadar becakap sebalik tabir tanpa ilmu pengetahuan ...bukan dapat membawa apa2 perubahan pun... so biar la pihak2 yang ada "ILMU" pasal isu ni selesaikan... jangan kita rumitkan dengan timbulkan pelbagai cerita2 yang kurang enak didengar... yang menakut2kan lagi jiwa2 muda ni... tapi mcam yang aku cakap awal tadi... kalau nak bagi pendapat tak salah pun kan... sekurang2nya..kita ni termasuk dalam golongan yang prihatin dengan isu negara...ya ka begitu?

hum...becakap pasal isu ni...berita terbaru yang aku dengar... seramai 7 anggota PDRM telah terkorban semasa berkhidmat menentang pencerobohan di kawasan Lahad Datu dan Tawau..  kalau di Negara2 barat tu..baru sebelah kaki masuk kawasan sempadan.. dah jadi arwah la penceroboh tu..tapi kerajaan kita ni... bukan sebelah kaki lagi... ni penceroboh dah bekubu secara haram pun still boleh runding2 lagi.. siap bagi bekalan makanan pula bila dapat tahu penceroboh2 ni kekurangan makanan selepas dikepung beberapa hari...baiknya hati...tapi  tu la bagi muka sangat..tengok mereka da naik kepala... Ya Allah...gerun rasa hati... dalam berita cakap keadaan terkawal..keadaan stabil... tapi ni dah sampai melibatkan pertumpahan darah.. sangat merisaukan... 

Sebenarnya bukan isu penceroboh yang aku nak entrykan.. tapi lebih kepada perwira-perwira negara khususnya anggota PDRM... selalu dengar kecaman pasal Polis... polis suka makan rasuah..polis jahat.. polis itulah.. polis inilah... hem..anti sangat korang dengan Polis kan..tapi.. cuba korang fikir balik..bila ada perompak.penyamun.. ada pergaduhan..korang cari polis jga kan..  takan korang nak panggil tauke ayam selesaikan.. nak panggil doktor?? atau cikgu2 suh bagi kaunseling dekat penyamun2 tu??. huhuhu polis juga yang selesaikan... Macam isu pencerobohan di Lahad Datu ni la..sebelum anggota tentera.. PDRM yang berada barisan hadapan mempertahankan negara tau.. Cian..sampai ada yang gugur...(semoga mereka gugur dalam syahid)... ha... anti polis lagi... ??? 

hem.. kesian pula Polis selalu dikecam..kalangan keluarga aku ramai jga yang jadi Polis... dan aku sendiri pun bakal menjadi istri kepada anggota PDRM (in sha Allah)... tadi... dapat call dari encik tunang... Dia da dapat arahan untuk berkhidmat di kawasan pencerobohan Lahad Datu... Ya Allah... hati aku bagai gugur mendengar berita ni dari dia.. macam2 alasan aku berikan kerana bimbang keselamatan dia.. almaklumlah berita di sana semakin bahaya.. pihak penceroboh da mula buat gerakan bahagian Tawau.. dan khabarnya bahagian kk dan keningau juga dalam pantauan kerana berisiko tinggi sebab ramainya orang suluk di kawasan ini....hatiku hanya Allah yang tahu.. tapi katanya..ini tanggungjawab kerja dia.. kalau da ajal.. di mana2 pun akan mati katanya.. aku akur... kerana dalam dunia ni ada benda yang tak terkawal oleh manusia ..antaranya jodoh dan ajal..kan..?

mm... sungguhpun hati ini bimbang.. tapi aku sentiasa doakan dia dan para pejuang yang bertungkus-lumus pertahankan tanah air sentiasa dalam lindungan Allah..  semoga perginya mereka dalam keadaan baik..dan kembali ke pangkuan keluarga serta insan tersayang juga dalam keadaan baik.. dan yang gugur itu semoga dalam keadaan syahid...aminn...

P/S: Mari Kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini ya... dan iringkan doa buat perwira negara kita..wassalam..









No comments: