Sunday, March 11, 2012

Kedukaan Yang Semalam...

Sedang aku lelah bejalan....aku berhenti seketika...kerana itu aku terlena... dengan mata yang terpejam..aku tiba di suatu tempat tidak bernama... tanpa ku pinta kaki dengan sendiri melangkah... satu.... demi.... satu.. membiarkan sahaja...dalam perjalanan ini.... terungkit kisah silam yang penuh pengetahuan... tapi adakah aku menggambil pengajaran??

Suatu ketika diri masih terlalu mentah..untuk mengenal apa itu cinta... hanya diselubungi rasa khayalan indah belaka... terbuai dengan sumpah dan janji sebagai pelindung diri... Aku akui klau ketika itu hanya dia di hati... dan memang dia yang pertama pernah mengukir senyumanku yang penuh bahagia... tanpa sedar dia juga yang menghancurkan.. akhirnya aku hanya mampu berterima kasih untuk sebuah pengalaman yang menyakitkan... Siapa diri ini yang kau andaikan?? sebuah boneka untuk kau lakonkan semua kebaikan... dan kau sembunyikan kejahatan dengan mudah berpaksikan nama Tuhan?? Kepada Allah aku bermohon untuk erti sebuah ketabahan...

Rinduku padamu berlalu mengiring masa pergi semakin jauh...Ruang hati yang sengaja aku kunci untuk sebuah percintaan.. dan ku bukakan pintu sebagai teman.. kerana engkau hari2 mendungku kembali bersinar..senyuman yang ku kira tawar kau tukar menjadi penawar.. lalu ku biarkan kita mengukir kenangan sendiri..inikah kebahagiaan dalam persahabatan?? Suatu ketika tanpa sedar.. telah ada yang mengusik sekeping hati yang terlalu suci untuk berbohong pada diri sendiri... maafkan aku atas penyeksaan batinmu yang terpaksa kau pendam demi sebuah persahabatan.. maafkan aku andai sering menghalang hasratmu walau telah berulang kali cuba kau lahirkan..

Aku akui ada keserasian bila kita bersama... dan bahagia itu juga terserlah.... aku tahu kesungguhanmu dari cara kau melayani diriku.. tidak pernah sekali jemu dengan semua karenahku .. cuba untuk menjadi hero dalam mimpiku..dan bila aku buntu.. kau mahu aku mengadu hanya pada bahumu yang serba tahu.. kau rela membiarkan mindamu celaru untuk deritaku.. kadangkala aku sengaja berpaling seolah-olah tidak mengerti.. namun aku sebenarnya lebih dari tahu gelora hatimu... mungkinkah aku masih tidak kuat untuk memberikan kunci hatiku ?? ataukah aku terlalu selesa menyayangimu atas nama persahabatan kita...???

Ada kalanya..mungkin aku terlebih memerhati..sehingga kau terlalu selesa bila aku disisi.. ada kalanya mungkin aku terlalu bermain dengan persoalan... sehingga setiap tingkahmu aku perlu tahu... maaf bila tingkahku membuat kau merasa sesuatu?? Aku pernah tertanya2...siapa aku pada anggapanmu..?? mengapa terlalu baik melayaniku..?? mengapa perlu ada rasamu itu padaku?? bukankah itu satu pengkhianatan untuk persahabatan kita?? puas aku mencari punca.. tapi akhirnya aku belajar mengerti kalau ia tidak memerlukan sebab untuk hadir antara kita ..

Mungkin kerana kau terlalu letih menahan kesakitan di dalam... seringkali mencuba tapi aku tidak membenarkan.. maafkan aku kerana aku tidak mampu memberikan jawapan yang ingin kau dengari.. maafkan aku bila apa yang terlebih itu telah menguris hati sehingga kau membawa diri menjauhi aku.. tapi aku mengerti...andai itu cara terbaik demi hati kecilmu... pergilah.. sehingga kau pulihkan kedukaan itu... dan andai suatu hari kau datang untuk menagih kasihku sebagai sahabatmu.. aku akan tersenyum menerima kehadiranmu..

Langkah terhenti seketika....ada butiran jernih mengalir menyentuh pipi... aku berdosa menykitimu... tapi aku juga perlu melindungi hatiku... Ya Allah..gagahkan diriku mengikuti langkah kaki sekali lagi.. Dari sebuah perjalanan yang panjang ini..aku belajar mengerti...dan kini aku semakin memahami... Percaya kalau setiap yang terjadi itu ada seribu hikmah Allah...