Sunday, June 13, 2010

Mungkinkah...??

Detik-detik pertemuan yang tidak disangka...bermula dengan laman sosial..aku dan dia bertegur sapa..dengan simbol "(:" aku menyatakan bertapa gembira aku menjadi sahabatnya..Semakin lama..semakin kerap bertukar cerita..berkongsi idea dan gurauan senda..berlalu nya masa tanpa sedar membuatkan aku dan dia lebih mesra..sehingga rindu andai tidak mendengar berita...

Sungguhpun jalinan ini hanyala sebuah persahabatan..mengapa diriku tersenyum sendiri bila mendapat mesej darinya..apa lagi kalau mendengar alunan suaranya bercerita..sudah pasti aku yang biasa akan menjadi gila..mm...apakah erti semua ini??adakah hanya aku yang siksa merasakannya..?? tidak sudah-sudah aku berbicara dengan diriku...

Hari berganti hari..bulan bertukar sudah..aku dan dia semakin lena dalam persahabatan.. semakin aku coba lari dari kebahagiaan ini...semakin dia menghidangnya kemesraan.. kenapa dia?? kenapa tidak kekasihku yang buat aku begini...

Suatu ketika..mungkin kerana persahabatan ini aku berubah..kekasihku bertanya.. mengapa aku tidak menyayanginya seperti dahulu...kenapa aku tidak lagi mahu bersabar dengan karenahnya yang dahulu boleh ku pandang sebelah mata..berpura-pura tidak terluka dengan kata-katanya dan masih tersenyum biarpun permataku berderai tika aku dikasarinya..."aku maafkan kerana engkau kekasihku"..itula kata-kata hikmat yang sering ditagih daripada aku...

Mungkin kerana persahabatan ini...aku bukannya menjadi aku yang lain..tapi mungkin aku semakin menghargai diriku yang sebenar..kenapa perlu derita andai mampu bahagia..?? kenapa perlu berduka andai boleh ceria??..mungkinkah kerana persahabatan ini??

Bahagia itu aku rasakan lebih kepada dia daripada kekasihku...adakah hati ini terusik kerana dia?? atau hanya aku yang leka kerana dimanja oleh kebahagiaan yang sementara.. Sekali lagi berbicara pada diri sendiri...sudah pasti tidak ada jawapan yang aku temui...

Suatu ketika...kepada aku dia bertanya..rindukah aku jika dia tiada? mendungkah aku tanpa tawanya..??..dengan simbol "(:" aku mula menyusun bicara.. rindu aku hilang bila kau ada...mendungku cerah dengan tawamu..kosong jiwaku mula penuh ...andai kau bahagia dengan persahabatan ini aku juga begitu..

Semakin lama semakin aku parah menahan..derita aku suarakan .. kepada kekasihku aku lafazkan..biar jasadku milikmu..tetapi tidak hatiku..biar ceriaku bersamamu..tetapi tidak bahagiaku....deraian permataku ikhlas memohon ehsannya...

Mampukah aku berdiri kini tanpa kekasihku yang sering menjadi pemangku dahulu? Bolehkah aku berjalan tempuhi cerita masa hadapan bila kekasihku bersedih pergi meninggalkan aku..maafkan aku yang pernah menjadi kekasihmu..maafkan aku andai kau terluka..fahamilah aku yang mahu mencari bahagia tetapi tidak bersamamu...

Hari berganti hari..bulan bertukar sudah..semakin aku coba menjauhinya..semakin bayangannya pula menjelma dalam lena..bersamanya aku bangun..bersamanya aku tidur.. mengapa itu hanya bayangan..semakin jauh aku berlari..semakin dekat dia disisi... apakah erti semua ini..??

Suatu ketika..kerana persahabatan ini tidak dijangka..aku dan dia bersua muka untuk kali pertama..Harinya indah..suasanya mesra..hatiku suam melihatnya..kerana keberanian..mungkin keikhlasan bila dia suarakan tidak sayangkah aku kepadanya..?? tidak mahukah aku bersamanya?? kepada aku dia meminta..bolehkah ketukan cintanya membuka hatiku..

Seperti diriku bukan aku...memandang jernih matanya membuatkan aku hanyut dalam perasaanku..Mungkinkah ini yang dinamakan cinta pandang pertama??