Thursday, February 2, 2012

Masih Ada Yang Sayang

Assalammualaikum....

Hari ni da masuk hari keempat kitorang menjadi warga SK Patikang Laut...Syukur Alhamdulillah.. Kehadiran kami di sini disambut baik oleh semua warganya..Oh ya... Pagi tadi ikut mengendalikan satu program yang dinamakan "Program Masih Ada Yang Sayang" sweet ja kan nama program ni kan...actly progrm ni dianjurkan khas untuk murid-murid keciciran dalam aspek Bahasa iaitu tulis dan baca...so terdapat pertandingan2 kecil yang dilaksana kan mengikut katogeri Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6...almaklumlah...Sekolah pedalaman ni memang selalu ada kes2 murid keciciran dalam pelajaran..So sebagai inisiatif guru2...tadaaa....Teranjurlah program ini...

Sepanjang program berlangsung,kami tak kering gusi dibuatnya...gelagat murid yang mencuit hati.. Ditambah pula dengan gurauan GB yang spontan(GB kitorangl sangat spoting..dan dia lucu orangnya) ok..aktivitinya ada dua..pertama murid perlu mendengar perkataan yang disebut oleh guru dan menulis dengan ejaan yang betul pada kertas yang disediakan..Aktiviti ni aku tengok boleh la...semua peserta berkomitmen tinggi menyelesaikannya..

Aktiviti keduanya,murid akan membuat cabutan kertas dalam balang dan diberikan kepada guru ..guru akan menyebut perkataan yang tertulis dalam kertas tersebut dan murid diminta untuk mengejanya di hadapan GB ..ikut nasib la kan..klau tercabut perkataan yang agak panjang.. masak la..pecah perut guru2 menahan ketawa..geli hati dengan aksi2 peserta ni..hehhe (^__^)


Beberapa contoh ejaan perkataan murid2 dalam versi baru... hehe

Ejaan Betul VS Ejaan Salah


(Tahun 4)

Iktiraf = itek trap (GB ckp ini bunyinya itik makan tarap..hahahaha)
Dwibahasa= dumaas
Rumpai = rumpi
Renjis = rengas
Inisiatif = iniranjif

(Tahun 5)
Sunyi = soniny
Pemandangan = pegea
skuad = skuat

(Tahun 6)
Bakteria = bacteria
Salasilah = salahsilla
Khasiat = hasiat
Antibodi = antybody
Revolusi = Revoloseh
Olahraga = Olehlaga
Cermin = Seremen (itu bunyi nya seramin..!! acah GB dalam sleng2 kampungan...pecah ketawa kami..haha )

P/s: Aku rasa semua murid2 yang join program ni bukannya tidak pandai..tapi diorang memerlukan bantuan berbentuk aktiviti2 macam ni...kan...?

No comments: