Thursday, May 5, 2011

Bersujud dan bersyukur...

Sungguhpun aku sedar aku kian kehilanganmu...
Tidak sedikitpun rasa marah dan benci di hati....
Pantas sahaja kalimah syukur lahir dari bibir....Pergilah....
Aku tetap akan beryukur...

Sampai bila begini....
Sampai bila menahan tangisan dalam hati...
Mungkinkah menanti suatu masa yang tak pasti?
Pendustaan yang menguasai janji..

Sungguhpun telah terguris hati ini....
Mengalir nya air mata bukan kerana seksa..
Bukan pula merana kerana cinta yang derita...
Pergilah...dan aku kembali bersujud untuk bersyukur...

Wahai hati kecilku...untuk apa engkau bersedih...
hanya kerana dia yang tidak tahu menghargai...
Dan...dia yang buta kerana keangkuhan diri...

Tiap kali engkau bersujud...
Memohon diberi petunjuk...
DIA Maha Mendengar....
Jangan pernah kenal erti berpatah hati
Usah ditunjuk segala rajuk...

Jangan pula kau berpaling..
Kerana tiba masanya suatu ketika...
Kebenaran akan beraja
Dan kemungkaran pasti berpatah arah

Wahai hati kecil....
Sungguhpun engakau menangis kerana luka...
Megadulah denganNya dan mohonlah penawarnya...
Jangan kau diam dan kau pendam...
Bebaskanlah penderitaan...

Terima kasih Wahai Tuhan...
Yang setia menjadi teman...
Yang membuka segala ruang terkunci
Hanya kerana dia yang tidak pernah mengerti...

Mata yang buta...
Telinga yang tuli
Bibir yang membisu
Dan Hati yang menyepi
Kembalilah bersatu denganKu...
Lantas bersujud kerana bersyukur....

P/S: Bersabarlah wahai Hati Kecil...

No comments: